Tuesday, October 26, 2010

PENGIKTIRAFAN KEPADA PELAJAR

              Setiap minggu sudut-sudut PPDa dan keceriaan didalam kelas akan dinilai oleh guru bertugas mingguan. Sebagai penghargaan di atas hasil usaha yang dilakukan oleh pelajar, unit keceriaan sekolah telah menyediakan piala pusingan untuk diberikan kepada kelas-kelas yang mendapat tempat pertama mengikut tingkatan pada setiap perhimpunan rasmi.
Kelas 3A

Kelas 4B

Kelas 5B
Berikut adalah wakil-wakil kelas yang menerima piala pusingan mingguan kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan sudut PPDa dan keceriaan kelas. 
Kelas 5A

Kelas 4B

Kelas 3A
               
Berikut adalah beberapa pelajar yang telah menerima anugerah Nilam 2010 peringkat sekolah .















             



Thursday, October 21, 2010

PENGLIBATAN PEGAWAS PPDa SERTA PELAJAR – PELAJAR LAIN

Peranan pegawas ppda

*                 Beberapa pengawas PPDa yang terlibat membantu membuat kerja-kerja pengurusan fail yang telah dilakukan pada hari Sabtu di Bilik Kaunseling sekolah.   
Kerja-kerja pemasangan papan lapis di laluan blok Tingkatan 5 yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengawas PPDa pada minggu kedua bulan Ramadhan.
*                      Kerja-kerja mengecat besi tangga di sepanjang laluan ke lorong PPDa yang telah di lakukan pada hari Sabtu oleh beberapa pengawas PPDa dan pelajar lelaki yang tinggal di asrama. Sebelum kerja-kerja mengecat, semua cat lama besi tangga dikikis dan digosok dengan menggunakan kertas pasir terlebih dahulu.


*                              Pengawas PPDa turut berperanan menyusun bahan-bahan serta informasi yang telah disediakan ke setiap lorong PPDa seperti yang telah dirancangkan.

     Beberapa pengawas PPDa yang terlibat dalam aktiviti membuat carta organisasi PPDa.


*                         Pengawas PPDa yang dilantik adalah pelajar yang komited melaksanakan tugas dan kreatif dalam mencari bahan untuk sudut PPDa. Berikut adalah beberapa gambaran pengawas PPDa yang sedang mencari ranting kayu untuk dijadikan pohon info di sudut PPDa.


*                        Beberapa pengawas PPDa yang sedang mencari bahan untuk menyediakan replika kubur untuk untuk di letakkan di lorong terakhir PPDa

Tuesday, October 19, 2010

LAWATAN KE LORONG PPDa




SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH, SEMPORNA 

Pada hari Isnin bersamaan 11 Oktober 2010, seramai 11 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna telah membuat lawatan ke lorong / sudut PPDa sekolah ini. Pelajar-pelajar ini telah dibawa melawat ke setiap lorong / sudut PPDa sekolah ini daripada jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Selepas membuat lawatan pelajar-pelajar ini telah memberi beberapa cadangan untuk membangunkan lorong / sudut PPDa sekolah ini. Berikut adalah beberapa gambaran semasa lawatan tersebut:-



Bergambar kenangan bersama pengawas PPDa sekolah
Bergambar kenangan bersama PK Pentadbiran, En Ibrahim Bin Abdul Basah.







SMK KABONGAN, SEMPORNA 

Pada hari Selasa bersamaan 12 Oktober 2010, seorang guru dan beberapa orang pelajar dari SMK Kabogan, Semporna telah membuat lawatan ke lorong / sudut PPDa sekolah ini. Mereka telah dibawa melawat ke setiap lorong / sudut PPDa sekolah ini oleh guru PPDa iaitu Pn Juliah Binti Abdul Jal. Hasil daripada lawatan tersebut mereka telah memberi beberapa cadangan untuk membangunkan lagi lorong / sudut PPDa sekolah ini. Berikut adalah beberapa gambaran sepanjang lawatan tersebut:-



Menandatangani buku pelawat yang disediakan di sudut dokumentasi