SEJARAH SEKOLAH

 Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah II mula dibina pada tahun 2002 atas inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah (waktu itu dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah) Semporna. Lokasi SMK Abdullah II terletak di sebuah kawasan lembah di Kampung Bukit Lalang. Tapak asal sekolah ini dahulunya merupakan kebun kelapa yang dimiliki oleh tig atuan tanah. Keluasan sekolah ini ialah 35 ekar. Sebanyak RM 28 juta telah diperuntukkan untuk membina sekolah ini melalui Rancangan Malaysia ke-7.
                               
           Sekolah ini telah memulakan operasinya pada 4 Julai 2005 dengan menerima pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah iaitu seramai 472 orang. Jumlah guru yang bertugas pada peringkat awal ialah seramai 21 orang. Sementara itu seramai lapan orang Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) juga telah memulakan tugas mereka di sekolah ini pada peringkat awal.

            Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar memandangkan lokasinya kira-kira 17.5 kilometer dari pekan Semporna. Walaubagaimanapun sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf sekolah bestari memandangkan ia dibina secara terancang.




LOGO SEKOLAH SMK ABDULLAH II


Logo sekolah berasaskan bentuk bulat 2 lingkaran yang menggambarkan kesepaduan tekad, cita-cita dan azam SMKAII

Lingkaran luar berlatarkan warna biru manakala di bawahnya lingkaran berwarna merah mengandungi moto sekolah, corak bintang dan nama sekolah

Lingkaran di dalam mengandungi bentuk-bentuk asas seperti satu bulatan berwarna kekuningan, tiga bulatan berwarna putih kelabu dan buku berwarna putih serta tahun 2005

Biru menggambarkan kesetiaan dan budaya kerja yang profesional dalam memenuhi visi sekolah, kuning dan putih melambangkan keikhlasan dalam menyempurnakan tanggungjawap yang diamanahkan.

Merah menggambarkan semangat ketokohan yang dominan, aktif, progresif dan penerapan nilai-nilai murni yang perlu diadaptasikan dalam mencapai visi SMKAII

Ilmu pengetahuan ibarat obor yang menyala, menerangi hati budi insan dalam kehidupan di dunia dan akhirat

Amal ialah perbuatan atau amalan harian yang dilakukan berlandaskan kepada nilai-nilai murni
Ihsan merupakan khidmat dan kebajikan yang ikhlas dicurahkan kepada setiap insanyang memerlukan agar mendapat keberkatan daripada maha Pencipta.

2005
Mercu lambang sejarah kelahiran SMKAII sebagai sebuah institusi yang berharga dan menjadi kebanggaan masyarakat setempat serta harapan negara.

Corak Bintang Lima
Lambang motif keislaman sebagai agama rasmi negara dan lambang kesucian ilmu pendidikan, keikhlasan dan bertanggungjawap dalam melaksanakannya.

Ini selaras dengan prinsip menjunjung Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sahsiah.

Buku
SMKAII sebagai pusat khazanah, ilmu pengetahuan yang berkualiti dan profesional, merangkumi segala ilmu pengetahuan berlandaskan sukatan pelajaran yang dipertanggungjawapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Bulatan berwarna kuning
Lambang para pendidik SMKAII dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan penuh amanah dan bertanggungjawap
Tiga bulatan dan segi empat berwarna kelabu putih mewakili simbol pelajar SMKAII yang menuntut ilmu pengetahuan dengan semangat yang tulus dan ikhlas.

IKRAR SEKOLAH
                                         

BAHAWASANYA kami murid-murid SMK Abdullah II, Semporna berikrar akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berikut:


• Mematuhi undang-undang Negara
• Mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah
• Menghormati guru-guru dan ibubapa
• Menjaga maruah diri, keluarga dan sekolah
• Menjauhi diri segala gejala dan anasir yang merosakkan hidup kami


DENGAN ini, kami rela menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan kami.



LAGU SEKOLAH

Disini kami bermula
Tanahair bumi tercinta
SMK Abdullah Dua
Khazanah ilmu kebanggaan semua
 
C/O Kami pelajar Abdullah Dua
Tekad belajar penuh etika
Tidak dilupa ibu dan bapa
Demi agama, bangsa dan negara
 
Para guru yang budiman
Khidmat mendidik jadi pedoman
Ilmu Amal Ihsan
Moga Tuhan perkenankan