Pengenalan


LATAR BELAKANG KEWUJUDAN LORONG PPDa SMK ABDULLAH II, SEMPORNA.

Penubuhan PPDa SMK Abdullah II, Semporna bermula sejak bermulanya sekolah ini beroperasi pada tahun 2005. Pada awal penubuhan unit ini, hanya atas sekadar nama kelab dalam sekolah ini sahaja sebagai salah satu untuk ko-kurikulum sekolah. Meskipun begitu, terdapat juga guru yang bertanggungjawab atas pentadbiraan dan pengurusannya untuk menjadi salah satu unit yang wujud di sekolah. Hal ini berlanjutan sehingga pada hujung tahun 2007.
Pada tahun 2008, unit ini telah mula mengambil bahagian dalam unit ko-kurikulum yang berpotensi untuk dimajukan. Pada tahun ini juga unit ini telah mula bergiat aktif dalam beberapa aktiviti yang melibatkan pertandingan sama ada peringkat sekolah ataupun peringkat luar. Keaktifan unit ini dapat dikenalpasti sebagai salah satu unit yang berpotensi untuk dibangunkan apabila sekolah ini telah mengikuti karnival PPDa Peringkat Gabungan Tawau.Pencapaian pada tahun 2008 telah menjadi titik tolak untuk mencapai kejayaan demi kejayaan lagi pada masa akan datang.
Sehingga sampai pada tahun 2009, unit ini telah membawa nama sekolah buat kali yang seterusnya pada karnival PPDa Peringkat Gabungan Tawau. Pada karnival ini, sekolah ini telah menyandang johan dalam sajak, dan seterusnya mendapat tempat ketiga pada peringkat Zon Tenggara. Bermula daripada kejayaan ini, unit ini telah menjadi unit yang penting sehingga pada tahun ini Jawatan kuasa telah diwujudkan secara rasmi dan pentadbiran dan pengurusan sudah dirancang dengan sebaiknya dan termasuk dalam aktiviti takwim tahunan sekolah. Berhubung dengan itu, Papan Kenyataan PPDa diberikan ruang dihadapan bilik bahasa untuk kepentingan penyebaran info dan maklumat berkenaan dengan PPDa dari semasa kesemasa.
                 Pencapaian demi pencapaian yang dapat dikecapi oleh unit PPDa sekolah ini semakin menonjol pada tahun 2010. Unit ini semakin berkembang bergiat aktif sama ada diperingkat daerah hinggalah keperingkat negeri. Bermula dengan pelancaran Lorong PPDa yang bermula bulan Mac sehinggalah kepenghujungnya. Pelancaran lorong ini akan dipergiatkan sehingga mencapai kemuncaknya yang akan dipertandingkan keperingkat negeri dan seterusnya keperingkat kebangsaan. Unit ini telah mengikuti karnival tahunan PPDa peringkat daerah dalam beberapa aktiviti serta turut mendapat tempat untuk pertandingan tersebut yang diadakan bermula bulan April yang lalu. Selain itu juga, guru-guru dan pelajar-pelajar unit ini yang dilantik turut dihantar kesetiap kursus-kursus dalam dan luar daerah. Guru penasihat unit ini telah mengikuti kursus jurulatih sahabat petronas PPDa pada bulan Mac yang lalu. Manakala pelajar pula seramai empat orang juga dihantar mewakili sekolah ke kursus  fasilitator pada bulan April lepas dan seterusnya mengikuti kursus PPDa peringkat negeri.
                Pencapaian-pencapaian ini yang berlanjutan dengan terbuktinya Lorong PPDa sekolah ini dicalonkan mengikuti pertandingan Lorong PPDa peringkat negeri pada September ini. Oleh yang demikian adalah perlu untuk setiap daripada warga sekolah ini untuk memberikan kerjasama agar pencapaian-pencapaian akan diperolehi.